Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Abah Store - Beli & Menang

Assalamualaikum.. Apa khabar sahabat pembaca sekalian.  Kelmarin kami ada cerita pasal kedai online kami di Shopee kan? Ingat tak Abah Store? Haa, ni kami ada buat contest Beli & Menang untuk pelanggan-pelanggan kami yang bertuah. Apa yang perlu Anda buat adalah dengan membeli mana-mana produk atau kombinasi produk dalam gambar tu sebanyak dua botol sahaja dari kedai Abah Store di shopee, Anda akan dapat satu tiket cabutan bertuah. Tempoh bagi kelayakan cabutan bertuah ini adalah pembelian dalam tempoh 1 Julai 2020 sehingga 30 Julai 2020. Kami akan membuat cabutan undi pada 31 Julai 2020 pada Hari Raya Aidiladha. Haa. Apa lagi sahabat pembaca sekalian, Jom support kedai kami ini..  https://shopee.com.my/product/144118933/3940549905/

AbahStore @ Shopee

Semenjak mula menjual ni, tercari-cari la platform yang mudah untuk kami menguruskan jualan kami. Shopee menyediakan satu sistem yang lengkap untuk kami gunakan sebagai penjual barang atas talian.  Nama yang kami pilih bagi kedai atas talian kami adalah, AbahStore. Ok kan nama tu? Nak letak nama pun bukan main pening kepala. Bagus nya nama AbahStore ni sebab ianya sentiasa mengingatkan kami bahawa kami perlu bekerja keras kerana kami perlu terus menyara perbelanjaan harian keluarga. Abah mithali kan? Tahun lepas berempat, tahun ni insyaAllah akan berlima ahli keluarga kami. Doakan rezeki kami dipermudahkan dan diperbanyakkan ye. Jangan lokek mendoakan untuk orang lain kerana apabila kita mendoakan orang lain, malaikat akan mendoakan kita yang serupa seperti kita mendoakan orang lain tu. Tak rugi kan? Malah yang mendoakan Anda tu dari malaikat yang suci bersih tanpa dosa. Jom doakan kebahagian dan kesejahteraan untuk orang lain.

Jual benda yang boleh beri manfaat kepada pelanggan kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku ni. Sejak syarikat tempat aku kerja di Johor Bahru habis kontrak dengan pihak JKR, aku juga turut kehilangan kerja. Sejak dari April 2019 sehingga la sekarang ni, aku tidak lagi bekerja makan gaji tetapi aku mula untuk belajar menjual menulis dan berkomunikasi dengan masyarakat massa. Untuk pengetahuan Anda semua, sekarang ni aku menjual satu produk untuk treatment Gearbox kereta yang mengalami simptom-simptom awal kerosakan. Anda tahu tak yang walaupun Anda secara berkala menukar minyak Gearbox, masalah Gearbox tetap boleh dialami oleh kereta Anda.  Ni saya nak ceritakan satu cerita seorang pelanggan saya telah membeli dua botol ATT ni untuk bua treatment Gearbox kereta dia. Katanya pada saya kereta dia mengalami masalah untuk masuk ke gear D dan R. Masuk boleh tapi nak dapat keretanya bergerak mengambil masa dua ke tiga minit baru bergerak. Ni simptom awal biasa gearbox nak beritahu yang dia mula meros...

Tukar nama blog - Rebranding pada nama sendiri

Assalamualaikum. Nama aku Abdullah Borhanuddin. Aku dah berblog sejak beberapa bulan lepas, tetapi hari ni aku merasakan satu kerugian buat aku bila aku gunakan satu akaun blog hanya untuk menceritakan tentang hanya satu perniagaan aku. Padahal aku ada juga nak bercerita tentang minat aku, kisah hidup aku dan cerita-cerita yang hadir dalam hidup aku ni. Jadinya aku ubah nama blog aku dari Green Matrix Johor Bahru ke Blog Ceritera Kehidupan Aku - Abdullah Borhanuddin . Bila fokus pada diri aku, aku boleh lah nak bercerita tentang hal-hal lain selain dari cerita kereta sewa Green Matrix di blog ini. Tidak lah ianya tinggal bersarang jika aku tiada job kereta sewa. Hahaha. Anda sudah bersedia? Ayuh jom kita bermula.